CINTA, SAYANG, MINAT adalah tiga perkataan yang berlainan dan mempunyai maksud yang jauh berbeza. CINTA tak bermaksud kita SAYANG. SAYANG tak bermaksud kita CINTA. CINTA tak bermaksud kita MINAT. MINAT tak bermaksud kita SAYANG.
Cinta? Sayang? Minat? Tipulah kalau tak pernah merasainya. Sebagai seorang remaja yg semakin 'canggih' dek kerana pengaruh kuat dari media massa (bukan semua), tipu kalau tak pernah melaluinya. Ya! Aku juga pernah! Ianya bermula seawal aku berusia 13 tahun...
"Nak terima tak eh? Kalau terima, nanti kalau putus, mesti sakit. Bukan ke prinsip aku 'Kalau bercinta mesti ada pengakhirannya dan jangan bercinta kalau takut disakiti'?" Ya... ayat aku suatu ketika dahulu. Soalan ni bermain dalam otak aku selama beberapa hari sebelum menerima cinta seseorang dari kaum Adam. Dalam usia yang masih mentah, aku mengalaminya. Dan itulah kali pertama aku dan kali terakhir aku merasai ketulusan cintanya. Dia ibarat kawan, teman, abang, guru dan kekasih bagi aku.
Sesetengah berpendapat bahawa "Jarak bukan penghalang hubungan kita"
Semakin jauh jarak kami, semakin aku berasa semakin menjauh dia dari aku. Saat tu, aku dah letak seratus peratus harapan aku dekat dia, sampaikan terbawa bawa dalam mimpi. Aku memberitahu kepadanya yang aku takut sangat kehilangan dia dan aku tak mampu nak bayangkan andai hubungan kami berakhir. Dia cuba yakinkan aku dan aku percaya. Aku tahu dia seorang yg tak reti menipu & seorang yg berpegang pada janji. Andai itu kata dia, maka itulah yg akan terjadi.
5 Bulan menjalin hubungan. Masanya hanyalah singkat tapi mampu buatkan hidup aku merana. Janjinya semua ditepati tapi hanya satu yg dia mungkiri - meninggalkan aku. Aku menangis dan menangis (bodohkan?). Rupa rupanya ayat aku, "Biarlah. Pergi ajelah. Saya dah bahagia" padanya suatu ketika dahulu buatkan aku sendiri yg merana. Kenapa mesti ada orang ketiga? Mungkin dia lebih dekat dengan si dia, dan jauh dengan aku, buatkan dia lebih fikirkan masa depannya memandangkan pula aku masih di usia mentah.Selepas hubungan ini berakhir, aku diam. Dia pun turut diam. Aku cuba text pada dia tetapi hanya kekasihnya yg reply. Aku merawat hati ini sendirian. Masanya bukanlah sehari dua tetapi selama empat tahun aku cuba menerima kenyataan ini. Sakitkan dikecewa?
Beberapa tahun, aku cuba jejak dia. Aku cuba jejak dia kerana aku ingin memohon maaf padanya dan nak tebus balik kesalahan dulu! Laman sosial facebook aku guna untuk jejak dia dgn berbekalkan sedikit maklumat tentang dia yg aku tahu. Saban hari aku cari dan cari. Dan dengan keizinanNYA, dan berkat usaha aku sendiri, aku terjumpa acc dia punya dan kebetulan dia ada buat relay dgn girlfriend dia (org ketiga aku dgn dia dulu). Tanpa tunggu banyak masa, aku tekan aje terus butang 'Friend request'. Beberapa hari jugak nak diapprovenya (nasib baik dia approve). Orang pertama yg approve ialah girlfriend dia! Dia online... aku berani memulakan chat dan berpegang pada kata - kata 'biarlah apa nak jadi pun.dah lama aku cari.berani kerana benar dan takut kerana salah'. Aku beranikan jugak mintak nombor telefon EX aku tu dgn girlfriend dia dan dia bagi (untung dia jenis yg memahami). Bila dah dapat, aku apatah lagi terus aje mesej dan masih berpegang pada kata - kata tadi. Aku berhubung dgnnya dan dia pun tak keberatan sebab aku tahu perangai sebenar dia macam mana - seorang yg lembut, penyayang dan memahami. Kami berhubung tapi utk seketika memandangkan aku nak mengahadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR). Dan kami kembali diamkan diri dan dia pun dah tukar nombor disebabkan beberapa faktor. Hari aku dapat result PMR, dia call dan tanya dapat berapa. Lepas tu, kami kembali menyepi. Dan dia kembali muncul saat dia terluka disebabkan putus cintanya yg terjalin selama 4 tahun. Dia luah rasa hati dia dan aku cakap dekat dia, "Sakitkan putus cinta?Begitulah rasa hati saya dahulu pada awak". Jahat tak aku? (Haha) Aku seakan akan letak kesalahan pada dia disebabkan hubungan kami berakhir padahal dah dua dua salah - aku yg perangai bebudak dan dia yg mudah jatuh cinta. Lama jugak dia 'sakit' dan masalah dia semua dia ngadu dekat aku. Macam mana aku nak selesaikan masalah dia sedangkan hati aku masih terluka krn perbuatan dia sendiri? Hikmah. Dia meluahkan rasanya & perasaannya dan saat itulah aku rasa hati dia sebenarnya bukan utk aku & disebabkan tu jugak aku berjaya buangkan perasaan yg terbuku selama 4 tahun ni (buat apa mencintai org yg tidak mencintai kita? Buat apa taruh harapan dekat dia padahal harapan dia pada org lain?) Tapi... berapa bulan tu, kekasih dia kembali pada dia dan Alhamdulillah doanya dan doaku dimakbulkan. Dan kini... dia masih setia di sisi aku - sebagai adik & abang (bukan pasangan bercinta). 'Adik beradik terangkat'? Bukan, kami terangkat dulu, baru adik beradik angkat (Haha). Dan... kepada Faiz Faqihuddin. Semoga abang cepat - cepat bina 'masjid' dengan 'orang ketiga' kita dulu. Doa ira sentiasa untuk abang ;)
*Cerita ini bukan untuk membuka aib seseorang dan bukan utk menyalahi sesiapa (maaf andai ada yg terasa) tetapi sekadar perkongsian hubungan aku dengan seorang kaum Adam yg dipinjam olehNYA utk aku utk merasai keikhlasan cinta seorang lelaki. Terima kasih, YA ALLAH atas kurniaan sementara ini. Inilah pengalaman pertama aku percintaan aku dan pengalaman ini sangat bermakna sepanjang aku bernafas di bumi ini*
PENGALAMAN MENGAJAR AKU ERTI KEHIDUPAN DAN PENGALAMAN MENGAJAR AKU UNTUK BELAJAR DARI KESILAPAN
Sesungguhnya kita hanya mampu merancang dan ALLAH S.W.T yg tentukan. "Jodoh yg terbaik datangnya dari ALLAH S.W.T"