Saturday, 30 March 2013




"Hoi, hoi! Penumbuk nak?" tangan kecilnya digenggam kuat, ditunjukkan ke arah Amar di sebelah. Demi melihat penumbuk Ely, Amar terus tergelak besar. "Garangnya. Macam mana nak jadi isteri aku kalau macam ni? Isk, makin comel aku pandang!" pipi Ely dengan refleksnya dicubit kuat oleh Amar. Ely yang mengacah penumbuk sebentar tadi, tersentak. Beraninya Amar sentuh pipi dia! Mulutnya menganga memandang Amar di tepi. Lelaki itu makin kuat ketawa. Gedebuk! "Rasakan!" Ely terus keluar dari perut kereta milik Amar. "Aduh!" perut ditekan kuat. Senak rasanya. "Nak uji aku lagi kan," pantas sahaja gadis itu berlari masuk ke dalam rumah. 

Cerita ini masih dalam proses. Rasanya cerita ni lagi best dari cerita hotstuff tu ( ceewahh ). Sebabnya cerita ni main banyak emosi (kalau lah aku ni anak pengarah filem, memang dah jadi filem cerita aku ni -.- ). Kisah dua orang jiran yang membesar bersama, tetapi bila memasing dah dewasa, semuanya membawa haluan memasing. Sebenarnya cerita ini berkisahkan tentang dendam yang tak pernah surut even bertahun tahun mereka berpisah (dendam bukan bererti horror movie okayy ). Diorang ni bukanlah sebaya, malah umur diorang jauh berbeza. Makin nak berpisah, makin jadi rapat. Tapi bila makin nak rapat, jadi makin berpisah. Kenapa berlaku sebegini? Hahh, tunggulah selanjutnya.... insyaALLAH satu hari nanti akan jadi novelis, doakan! :'D

No comments:

Post a Comment