Monday, 25 March 2013

SPM result


Serasanya tak terlambat lagi kott nak ucapkan tahniah kepada batch 1995 yang berjaya dalam SPM 2012 ;)  Semestinya bahagia bila dapat result yang 'cun melecun' kannnn... Yang utama sekali, ucapkan tahniah pada 4 orang pelajar dari sekolah tercinta,semestinya STEMZA (tak kenal? Just search guna Mr. Google :b ) Tak lupa jugak, buat semua pelajar dalam Malaysia ni. Hahhh, yang nihh.. (nak jugak straight A's macam diorang :') )

Dari kiri PK Pentadbiran, Hajah Esah, Shahida (sains tulen), Airen (akaun), Areeshah (sains tulen), Harkikie (sains tulen) dan yang kanan tu ialah Pengetua STEMZA, Tuan Haji Ismail

Seriously, terharu sangat bila tengok diorang :') Bagi yang tak berjaya tu, usaha lagi untuk masa depan. Yang penting, tahun ni diri sendiri pulakk. Target? Hmm, cikgu cakap kena target tingi tinggi tapi takut tak tercapai, tak pasal pasal menangis 40 hari 40 malam :'O Betul lah kata orang, SPM bukannya penghujung kehidupan. Andai ada usaha lagi selepas peperiksaan, semestinya masa depan tetap cerah. Rezeki ada di mana - mana. Tapi kalau rezeki tu tak dicari, tak denya datang bergolek rezeki tu depan mata. Hidup cool, tapi tetap sukses (betol ke? :O ). Mesti korang bosan kan, tajuk tetap sama aje, SPM, SPM, SPM!! Yelah, kali ni bercakap pasal kejayaan pulak. Aish, tetap ada 'connection' dengan SPM. Kejayaan bukanlah hanya perlu dicapai di dunia, tapi juga di akhirat. Macam kata - kata seorang penulis ni :

 "Kejayaan dalam hidup seseorang perlu hadir dengan hidayah dan ilmu. Ilmu pula perlu diamalkan dengan ikhlas dan istiqamah (berterusan) . Matlamat perlu jelas dan kita kena sedia berubah untuk berjaya.

Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Kita ni ibarat berada di tengah - tengah laut yang luas, tiada apa - apa. Kita perlu berenang untuk mencari tebingnya. Andai kita tidak berenang, kita akan mati kelemasan. Laut tiada penghujung. Begitulah dengan kejayaan. Sepanjang hidup, kejayaan tiada penghujung. Bukan selamanya kita berjaya, kekadang kita gagal. Kehidupan ni seperti yoyo, kejap di atas kejap di bawah. Kekadang bukan belajar aje perlukan kejayaan. Kerja? Hidup? Takkan pernah habis. Selagi kita mahukan kejayaan, selagi itulah kita perlu berusaha. Nak makan pun kena berusaha. Kalau tak berusaha, macam mana makanan tu nak masuk dalam mulut. Nak kunyah lagi, takkan nak terus telan kott. Pendek kata, selagi kita masih bernyawa, selagi itulah kita perlu berusaha.  Wallahualam



No comments:

Post a Comment