Thursday, 14 June 2012

sedutan~~~

''Han!!tolong jangan buat macam ni boleh tak? Han jangan fikir tentang diri Han ajer,masih banyak yang terluka sebab Han. Han ingat Han buat macam ni,mogok macam ni, Han boleh terlepas dari Lej? Tidak sesekali dan jangan bermimpi!'' Lej memandang tajam ke arah anak mata Han. Tangan digenggam keras,takut terlepas lagi. Gadis itu cuba melawan renungan tajam Lej, tetapi beberapa saat kemudian dia mula menunduk,merenung kasut sendiri. ''Lej,tolong lepaskan tangan Han. Cukuplah. Lupakan Han. Kita memang takde jodoh. Baliklah. Masih ramai yang menunggu Lej di luar sana. Lagipun, tak lama lagi, Han bakal jadi isteri kepada orang lain.'' Han bersuara lemah,sudah letih dia berdebat dengan lelaki itu.......

bgtulah sdutan slah stu novel yg msih tdk bertajuk..msih byk kkurangn sbnrnya..dn akn baiki kkurngn tu dri smsa ke smsa...bgaimanakh kish seorg gdis brnma Han mnyelesaikn konfliknya? Antara Keluarganya? Abgnya? Kkak iparnya? Tungnya? Temannya? Kksihnya? Yg mna stu????
Lain pula ksah seorg ank ytim piatu ni....

''Nanti bila abang dah khawin,takkan abang nak jaga Iza lagi kan?'' Kepala diangkat memandang abang kesayangannya. Tanpa abangnya itu,dia takkan membesar sebegini sekarang..Baginya, abangnya bukan hanya sekadar abang,tetapi juga seorang rakan karib. Yang sudi berkongsi pelbagai masalah dan rintangan. Bagi Rizal pula, biarlah dia dahulu yang sakit asalkan bukan adiknya. Biarlah dia yang terluka dahulu, bukan adiknya yang tercalar badannya,terguris hatinya. Rizal ketawa kecil apabila Iza menghabiskan kata-kata terakhirnya sambil menggeleng-geleng. Baru sahaja dia mahu menjawab soalan adiknya, salam diberi berkali-kali tanpa ada isyarat mahu berhenti............

No comments:

Post a Comment