Thursday, 1 November 2012
peperiksaan
1/11/12 ! tamatnya peperiksaan akhir tahun.. huhh, selepas 4minggu berperah otak, akhirnya lepas juga. walaupun peperiksaan akhir tahun sudah habis, tapi inilah peperiksaan yang terakhir sebelum melangkah ke tingkatan 5 untuk menghadapi peperiksaan terbesar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ! sebenarnya masih tidak dapat terima kenyataan bahawa ada baki setahun lagi sebelum menamatkan status sebagai seorang pelajar sekolah. masih teringat berkejaran dengan kawan-kawan mengelilingi meja ketika di zaman sekolah rendah. indahnya kenangan semasa bergelar pelajar sekolah rendah! seandainya boleh diputarkan masa lalu, tidak ingin balik ke zaman sekarang, yang penuh masalah dan kedukaan! tapi, apakan daya. ALLAH Maha Adil, masa itu tidak akan berlalu. sebab itulah MASA ITU EMAS. seperti surah Al-Ans, " Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Pesan berpesan dalam kesabaran dan pesan berpesan dalam kebaikan.". hanya kenangan yang boleh diingati sebagai pengajaran dan pedoman untuk kita terus menghadapi masa depan yang masih panjang. dan satu ayat yang boleh dijadikan nilai untuk diri kita sendiri iaitu BELAJAR DARIPADA KESALAHAN. kita harus sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah berputus asa. dan SPM! sebenarnya dah tak sanggup rasanya nak hadapi. (hehe..) tapi, abaikan saja.. PELAJARAN ITU PENTING. biar sakit kini, senang kemudian. (kan?) tapi, jangan la buat sambil lewa. memang lewa la dapat kerja untuk tanggung hidup nanti. dan usaha pun sia-sia selama berbelas tahun berperah otak dan beratus-ratus ribu wang untuk kegunaan sekolah. Subhanallah! kalau fikir-fikirkan balik, masa kita terlalu penuh dengan pelajaran dan kita terlalu malas untuk berfikir itu semua dan malas berusaha. tapi, bila malas menguasai diri, kita dah tak terfikir itu semua, kan? (dan begitu juga orang yang sedang menaip ni. hewhew). hidup ni sementara je. selagi hidup, selagi tulah berusaha dalam apa jua keadaan. dan sebenarnya ayat yang paling dibenci didengari ialah "Hidup hanya sekali. Masa ni lah nak enjoy". what? enjoy? enjoy sehingga melupakan asal-usul agama? dan satu lagi ayat "Kubur masing-masing, dosa masing-masing". lahhhh, kubur dia bukan sengsorang, belambak lagi. sebelah-menyebelah pulak tu. kesian la kan sesape yang jiran dengan dia, ada kaitan sekali.(haha..). haish, semakin melarat. --' . btw, wish me luck for SPM 2013. thanks chinggu ♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment