Saturday, 24 November 2012

novel~ :D

Isteri Separuh Masa = Suri Ryana

Novel, novel, novel~ (buku teks form 5 tolak ketepi. memang jahanam -_-) hahh.. penyakit gila novel dah datang balik (bukan senang nak datang penyakit ni, sekali sekala aje dia menghampiri). kalau penyakit ni menjauh, memang berbulan-bulan lah sesuatu novel tu terbiar, sampai penuh dengan sarang labah2.. hahaa..bila penyakit ni dah datang, memang teruk. satu kerja pun tak menjadi (novel selalu ada atas dada) , kekadang sampai dibebel teruk *_* . yeah! baru2 ni tamat baca novel ISTERI SEPARUH MASA by: SURI RYANA. hanya ambik masa dua hari. lepas tu, baca novel ni
Panggil Aku Kiah = Liza Nur

hahh.. novel ni memang AWESOME. kejap sedih, kejap gelak. kejap sedih kejap gelak. pandai betul penulis ni olah :O
tapi tak leh lawan novel aku paling favourite ni

Adam & Hawa = Aisya Sofea

ni laa novel pertama yang aku baca (ketika form1'09). sejak baca novel ni, aku jadi taksub dengan novel.. hahaa.. yeah! novel ni dah 2kali ulangkaji. tapi masih tak sempat tengok cerita dia yang dilakonkan oleh AARON AZIZ dan NADIA NISSA (sebab takde astro.. sob3 :'[ ). by the way, novel ni memang SWEET (sweet gitu lorh). jangan tak tahu, sejak ni laa aku berangan-angan nak bercinta dengan pilot. hahaa (joke). seriously, novel ni buat aku jadi terharu sesangat. kagum sebab still dapat jumpa even dah lapan tahun. pulak tu, jumpa depan MASJIDIL HARAM (memang sweet habis). yang sebenarnya (bak kata Yuna), aku ingatkan ni kisah NABI ADAM dan pasangannya HAWA. pastu belek punya belek rupanya kisah ADAM MUKHRIZ GELLESPIE dan AIN HAWANI (yelah, masa tu mana kita tahu pasal novel). dan jangan tak tahu, aku minat giler dengan novelis AISYA SOFEA. novel dia semua buat aku kagum dan perasaan aku jadi haru biru.dan ni novel yang tengah baca sekarang

Terus Cintai Aku = Aleya Aneesa

tapi baru 2 muka surat (sebab takde mood :'{ ) nampak macam best, tapi mood nak CIPTA novel lebih dari segala2nya. heheh.. nahh, ni sedutan dari novel SURAT CINTA aku (banyak merapu mengarut sebenarnya) 

“Azim, kau pergi UK nak buat apa?”, soal Ariel. “Nak cari bini,” sengih Azim. “Bini? Lah, bini kau tu kau nak campak kat mana? Tak nak eh? Bak mai sini,” beritahu Ariel selamba. “Nak? Ambik lah. FOC,” air yang dibelinya tadi disedut. “Kau biar betul, Azim?” pelik Ariel. Setahunya, selama ini sekiranya dia beritahu sedemikian, Azim akan melenting. “Betul lah ni. Kau tak nak pulak ke?” lelaki itu kembali menyoal. Bini yang dimaksudkannya hanyalah kekasih Azim. Ariel yang mendengar ayat itu tersengih. “Tak nak. Aku dah bahagia sekarang,” Ariel menyimpul senyuman penuh makna. Kawan-kawannya yang terdengar ayat Ariel, terus memandang Ariel penuh curiga. “Hei, janganlah pandang aku macam tu. Malu!” jerit Ariel perlahan. Demi mendengar ayat itu, kawan-kawannya terus galak ketawa. “Hmm, tapi, siapa yang membahagiakan kau, Ariel?” soal Farid kembali. Nak juga dia tahu siapa yang berjaya mencuri hati Ariel. Berbulan lamanya tidak berjumpa dengan Ariel mungkin mengubah kehidupan Ariel selama ini. Setahunya, Ariel ialah orang yang paling sukar untuk jatuh cinta dari kalangan mereka. Ariel tersenyum kembali melihat muka kawan-kawannya yang penuh mengharap memandangnya. Gelas dicapai dan straw disedut. Bagi suspense dulu! Sengihnya nakal.

hihi.. ayat cambangan jea kan? ni la kekurangan penulis bawah umur. banyak mengarut merapu. hikhikhik. so, macam mana dengan bab SURAT CINTA? er.. aku tak selitkan dalam cerita yang aku ambil sikit dari cerita penuh dia. bab tu ada, tapi biarlah. rasa macam menarik je sedutan di atas. nak suruh pembaca blog ni tertanya-tanya siapa Ariel dan orang yang dah bahagiakan Ariel (ada tanda soal tak dalam minda kalian? kehkehkeh) Ariel ni lah hero dalam cerita ni. kisah hidup seorang hotstuff. HOTSTUFF? kehkehkeh (mesti korang terbayang muka hotstuff dalam facebook dan twitter kan?) haa.., yang ni bukan kisah hidup salah sorang dari hotstuff tuhh (tapi tak tahulah kalau kehidupan mereka sama. so,hanya mengungkapkan kata maaf ajelah aku mampu untuk diorang.haha). k, kekoyaan dah melanda --' . hukhuk, cerita ni khas untuk remaja sekarang sebenarnya (so, makcik pakcik kakak abang yang dah rasa dewasa tu tak perlu baca. kehkehkeh). nak hantar dekat syarikat novel? mengarut. camne aku nak hantar cerita yang banyak merapu macamni? agak-agaknya kena lempar atas muka aje cerita ni. hahaa. tapi kalau ada rezeki, in sha ALLAH. (hmm,besarnya angan-angan :O )

>bak kata teacher : buang masa baca novel bagai. takde faedah
                    >bak kata cikgu : bacalah novel untuk mencari idea untuk membuat karangan
=kesimpulannya, taktahu mana betul. tapi, asal tak menyerong ke arah lain sudah kan? ;)

--angan- angan jugak, tahun depan SPM! BATCH1996--

Wednesday, 21 November 2012

fenomena KPOP~


Kpop? Kpopers? Yeah. aku jugak tak terlepas dari fenomena yang terlalu hebat melanda seluruh dunia ni. Even minat pun, taklaa seteruk diorang yang sanggup berhabis beribu-ribu semata-mata untuk tengok konsert, jejak artis Korea, pergi Korea, beli album original bagai. cukuplah sekadar minat =') yeah! Korea? ada jugak cita-cita nak jejak kaki ke kota metropolitan tuhh (in sha ALLAH.yelah, sape taknak pergi negara yang terkenal dengan pelbagai benda tuhh).. tapi, dalam ramai-ramai minat Kpop, tak kurang jugak yang menentang, mengutuk, mencaci Kpopers. oke, soalannya.. kenapa diorang tak suka Kpopers? kenapa perlu mengutuk mencaci sedangkan Kpopers tak ganggu sesapa pun, kan? kenapa diorang tak leh tengok orang senang? kenapa perlu bangkitkan isu Kpop? dah, tak perlu jawab --' minat masing-masing. citarasa masing-masing. haluan masing-masing. (sorry to say (: )  by the way, cerita tentang Kpop memang takkan habis kan? Hmm.. Kpop- Kpop- Kpop. macam gambar ni cakap~


yeah! beautiful~~ Kpop buat aku mengenali dunia luar. dapat belajar bahasa asing (bak kata DJ radio, belajar bahasa asing tak salah).. Hangeul~ agak sukar untuk mengenali setiap bait ayatnya (walaupun setiap patah perkataan dah boleh baca even tergagap pun.). yeah! meneruskan mempelajari Hangeul tanpa ada rasa putus asa . sanggup susah payah demi Kpop? No, xsusah pun.(di situ ada kemahuan, di situ ada jalan. samada nak taknak belajar je. kalau taknak memang susah. kalau nak, memang jadi senang. niat tu penting >.o ). nahh, ada dua cara nak pergi Korea dengan senang.. 

>belajar di Korea
                  >khawin dengan orang Korea

bhahaha.. khawin dgn orang Korea? melebih dah tu. (tapi kalau dah jodoh, tak ke mana jugak kan? :O )
bak kata my beloved mom, "nak apa-apa, belajar dulu sungguh-sungguh. pelajaran itu segalanya". yeah! anak mak ni selalu pegang kata-kata tu. dont worry ;)
tapi kan,kadang-kadang datang jugak penyakit tak berapa nak betol ni, semestinya berangan-angan! (aku manusia biasa. tak lepas dari berangan --')
berangan about what? nak khawin dengan artis Korea? eh, tidakk.. (masih sedar siapa diri ni. hahaa). berangan nak dapat muka macam artis Korea untuk dijadikan husband, yang hensem-hensem. (tapi kalau hanyalah berbekal kehenseman nak buat apa? tak guna jugak. tua-tua berkedut jugak). yelah, sedap mata memandang katakan. yang penting iman cukup di dada, kan? hahh.. balik kepada tajuk. fenomena Kpop! saban tahun ada aje diorang datang nak buat konsert (sajelah tuhh nak bagi aku jealous. mentang-mentang aku takleh pergi D'= ) sekali datang beribu-ribu serbu. sampai sanggup berkhemah tunggu konsert bagai~ (cuba kalau ceramah agama, agak-agaknya boleh lawan tak konsert tuhh? hmm~ ) last but no least, pilihlah yang mana korang nak antara dua tu. hihi. semoga maju jaya~ hwaiting chingu! 

*sesungguhnya berangan-angan itu akan menjadi USAHA*
In Sha Allah 

Thursday, 1 November 2012

peperiksaan

1/11/12 ! tamatnya peperiksaan akhir tahun.. huhh, selepas 4minggu berperah otak, akhirnya lepas juga. walaupun peperiksaan akhir tahun sudah habis, tapi inilah peperiksaan yang terakhir sebelum melangkah ke tingkatan 5 untuk menghadapi peperiksaan terbesar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ! sebenarnya masih tidak dapat terima kenyataan bahawa ada baki setahun lagi sebelum menamatkan status sebagai seorang pelajar sekolah. masih teringat berkejaran dengan kawan-kawan mengelilingi meja ketika di zaman sekolah rendah. indahnya kenangan semasa bergelar pelajar sekolah rendah! seandainya boleh diputarkan masa lalu, tidak ingin balik ke zaman sekarang, yang penuh masalah dan kedukaan! tapi, apakan daya. ALLAH Maha Adil, masa itu tidak akan berlalu. sebab itulah MASA ITU EMAS. seperti surah Al-Ans, " Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Pesan berpesan dalam kesabaran dan pesan berpesan dalam kebaikan.". hanya kenangan yang boleh diingati sebagai pengajaran dan pedoman untuk kita terus menghadapi masa depan yang masih panjang. dan satu ayat yang boleh dijadikan nilai untuk diri kita sendiri iaitu BELAJAR DARIPADA KESALAHAN. kita harus sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah berputus asa. dan SPM! sebenarnya dah tak sanggup rasanya nak hadapi. (hehe..) tapi, abaikan saja.. PELAJARAN ITU PENTING. biar sakit kini, senang kemudian. (kan?) tapi, jangan la buat sambil lewa. memang lewa la dapat kerja untuk tanggung hidup nanti. dan usaha pun sia-sia selama berbelas tahun berperah otak dan beratus-ratus ribu wang untuk kegunaan sekolah. Subhanallah! kalau fikir-fikirkan balik, masa kita terlalu penuh dengan pelajaran dan kita terlalu malas untuk berfikir itu semua dan malas berusaha. tapi, bila malas menguasai diri, kita dah tak terfikir itu semua, kan? (dan begitu juga orang yang sedang menaip ni. hewhew). hidup ni sementara je. selagi hidup, selagi tulah berusaha dalam apa jua keadaan. dan sebenarnya ayat yang paling dibenci didengari ialah "Hidup hanya sekali. Masa ni lah nak enjoy". what? enjoy? enjoy sehingga melupakan asal-usul agama? dan satu lagi ayat "Kubur masing-masing, dosa masing-masing". lahhhh, kubur dia bukan sengsorang, belambak lagi. sebelah-menyebelah pulak tu. kesian la kan sesape yang jiran dengan dia, ada kaitan sekali.(haha..). haish, semakin melarat. --' . btw, wish me luck for SPM 2013. thanks chinggu 

Sunday, 16 September 2012

surat cinta


surat cinta?? aku tak pernah terima surat cinta (sebab sekarang zaman dah canggih..haha).. hmmm..surat cinta? sebenarnya nama surat cinta yang diberi berdasarkan cerita yang aku tulis... cerita yang memaparkan kisah tentang surat cinta ( besarnya angan aku)..surat cinta,,sebuah karangan yang ditulis untuk  memaparkan kasih sayang antara seseorang dengan seseorang..dan sebenarnya..untuk blog ni,, surat cinta diberi nama kerana titipan yang ditulis ni dengan penuh kasih sayang dan harapan (oyeaa... ^^ ). harapan yang menggunung untuk mengikut jejak Damya Hanna ke, Aisya Sofea ke.. atau novelis2 yang terkenal tu.. (wahh,,hebat betul impian aku)..kalau la ramai yang support aku, ish,, lagi bersemangat aku (walaupun sebenarnya aku ni budak2 lagi..haha)..jadi novelis ni banyak cabaran dan kesabaran kan? kadang2 datang jugak rasa macam sia-sia jer aku memikirkan pasal jalan cerita untuk novel aku..rasa macam dah tak ada harapan (ish,mintak dijauhkanlah).. tapi,apa2 pun yang berlaku,aku tetap harus berusaha dan berusaha untuk menggapai cita-cita aku. Dan yang paling penting, aku kena utamakan peljaran aku dulu. Haruslah cemerlang dan berjaya membuat mak ayah aku berbangga dengan pencapaian aku dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.. insyaALLAH

Thursday, 14 June 2012

sedutan~~~

''Han!!tolong jangan buat macam ni boleh tak? Han jangan fikir tentang diri Han ajer,masih banyak yang terluka sebab Han. Han ingat Han buat macam ni,mogok macam ni, Han boleh terlepas dari Lej? Tidak sesekali dan jangan bermimpi!'' Lej memandang tajam ke arah anak mata Han. Tangan digenggam keras,takut terlepas lagi. Gadis itu cuba melawan renungan tajam Lej, tetapi beberapa saat kemudian dia mula menunduk,merenung kasut sendiri. ''Lej,tolong lepaskan tangan Han. Cukuplah. Lupakan Han. Kita memang takde jodoh. Baliklah. Masih ramai yang menunggu Lej di luar sana. Lagipun, tak lama lagi, Han bakal jadi isteri kepada orang lain.'' Han bersuara lemah,sudah letih dia berdebat dengan lelaki itu.......

bgtulah sdutan slah stu novel yg msih tdk bertajuk..msih byk kkurangn sbnrnya..dn akn baiki kkurngn tu dri smsa ke smsa...bgaimanakh kish seorg gdis brnma Han mnyelesaikn konfliknya? Antara Keluarganya? Abgnya? Kkak iparnya? Tungnya? Temannya? Kksihnya? Yg mna stu????
Lain pula ksah seorg ank ytim piatu ni....

''Nanti bila abang dah khawin,takkan abang nak jaga Iza lagi kan?'' Kepala diangkat memandang abang kesayangannya. Tanpa abangnya itu,dia takkan membesar sebegini sekarang..Baginya, abangnya bukan hanya sekadar abang,tetapi juga seorang rakan karib. Yang sudi berkongsi pelbagai masalah dan rintangan. Bagi Rizal pula, biarlah dia dahulu yang sakit asalkan bukan adiknya. Biarlah dia yang terluka dahulu, bukan adiknya yang tercalar badannya,terguris hatinya. Rizal ketawa kecil apabila Iza menghabiskan kata-kata terakhirnya sambil menggeleng-geleng. Baru sahaja dia mahu menjawab soalan adiknya, salam diberi berkali-kali tanpa ada isyarat mahu berhenti............