Isteri Separuh Masa = Suri Ryana
Panggil Aku Kiah = Liza Nur
hahh.. novel ni memang AWESOME. kejap sedih, kejap gelak. kejap sedih kejap gelak. pandai betul penulis ni olah :O
tapi tak leh lawan novel aku paling favourite ni
Adam & Hawa = Aisya Sofea
ni laa novel pertama yang aku baca (ketika form1'09). sejak baca novel ni, aku jadi taksub dengan novel.. hahaa.. yeah! novel ni dah 2kali ulangkaji. tapi masih tak sempat tengok cerita dia yang dilakonkan oleh AARON AZIZ dan NADIA NISSA (sebab takde astro.. sob3 :'[ ). by the way, novel ni memang SWEET (sweet gitu lorh). jangan tak tahu, sejak ni laa aku berangan-angan nak bercinta dengan pilot. hahaa (joke). seriously, novel ni buat aku jadi terharu sesangat. kagum sebab still dapat jumpa even dah lapan tahun. pulak tu, jumpa depan MASJIDIL HARAM (memang sweet habis). yang sebenarnya (bak kata Yuna), aku ingatkan ni kisah NABI ADAM dan pasangannya HAWA. pastu belek punya belek rupanya kisah ADAM MUKHRIZ GELLESPIE dan AIN HAWANI (yelah, masa tu mana kita tahu pasal novel). dan jangan tak tahu, aku minat giler dengan novelis AISYA SOFEA. novel dia semua buat aku kagum dan perasaan aku jadi haru biru.dan ni novel yang tengah baca sekarang
Terus Cintai Aku = Aleya Aneesa
tapi baru 2 muka surat (sebab takde mood :'{ ) nampak macam best, tapi mood nak CIPTA novel lebih dari segala2nya. heheh.. nahh, ni sedutan dari novel SURAT CINTA aku (banyak merapu mengarut sebenarnya)
“Azim, kau pergi UK nak buat apa?”, soal Ariel.
“Nak cari bini,” sengih Azim. “Bini? Lah, bini kau tu kau nak campak kat mana?
Tak nak eh? Bak mai sini,” beritahu Ariel selamba. “Nak? Ambik lah. FOC,” air
yang dibelinya tadi disedut. “Kau biar betul, Azim?” pelik Ariel. Setahunya,
selama ini sekiranya dia beritahu sedemikian, Azim akan melenting. “Betul lah
ni. Kau tak nak pulak ke?” lelaki itu kembali menyoal. Bini yang dimaksudkannya hanyalah kekasih Azim. Ariel yang mendengar
ayat itu tersengih. “Tak nak. Aku dah bahagia sekarang,” Ariel menyimpul
senyuman penuh makna. Kawan-kawannya yang terdengar ayat Ariel, terus memandang
Ariel penuh curiga. “Hei, janganlah pandang aku macam tu. Malu!” jerit Ariel
perlahan. Demi mendengar ayat itu, kawan-kawannya terus galak ketawa. “Hmm, tapi,
siapa yang membahagiakan kau, Ariel?” soal Farid kembali. Nak juga dia tahu siapa
yang berjaya mencuri hati Ariel. Berbulan lamanya tidak berjumpa dengan Ariel mungkin
mengubah kehidupan Ariel selama ini. Setahunya, Ariel ialah orang yang paling
sukar untuk jatuh cinta dari kalangan mereka. Ariel tersenyum kembali melihat
muka kawan-kawannya yang penuh mengharap memandangnya. Gelas dicapai dan straw
disedut. Bagi suspense dulu! Sengihnya nakal.
hihi.. ayat cambangan jea kan? ni la kekurangan penulis bawah umur. banyak mengarut merapu. hikhikhik. so, macam mana dengan bab SURAT CINTA? er.. aku tak selitkan dalam cerita yang aku ambil sikit dari cerita penuh dia. bab tu ada, tapi biarlah. rasa macam menarik je sedutan di atas. nak suruh pembaca blog ni tertanya-tanya siapa Ariel dan orang yang dah bahagiakan Ariel (ada tanda soal tak dalam minda kalian? kehkehkeh) Ariel ni lah hero dalam cerita ni. kisah hidup seorang hotstuff. HOTSTUFF? kehkehkeh (mesti korang terbayang muka hotstuff dalam facebook dan twitter kan?) haa.., yang ni bukan kisah hidup salah sorang dari hotstuff tuhh (tapi tak tahulah kalau kehidupan mereka sama. so,hanya mengungkapkan kata maaf ajelah aku mampu untuk diorang.haha). k, kekoyaan dah melanda --' . hukhuk, cerita ni khas untuk remaja sekarang sebenarnya (so, makcik pakcik kakak abang yang dah rasa dewasa tu tak perlu baca. kehkehkeh). nak hantar dekat syarikat novel? mengarut. camne aku nak hantar cerita yang banyak merapu macamni? agak-agaknya kena lempar atas muka aje cerita ni. hahaa. tapi kalau ada rezeki, in sha ALLAH. (hmm,besarnya angan-angan :O )
>bak kata teacher : buang masa baca novel bagai. takde faedah
>bak kata cikgu : bacalah novel untuk mencari idea untuk membuat karangan
=kesimpulannya, taktahu mana betul. tapi, asal tak menyerong ke arah lain sudah kan? ;)
--angan- angan jugak, tahun depan SPM! BATCH1996--