Thursday, 16 May 2013

Love


CINTA, SAYANG, MINAT adalah tiga perkataan yang berlainan dan mempunyai maksud yang jauh berbeza. CINTA tak bermaksud kita SAYANG. SAYANG tak bermaksud kita CINTA. CINTA tak bermaksud kita MINAT. MINAT tak bermaksud kita SAYANG.

Cinta? Sayang? Minat? Tipulah kalau tak pernah merasainya. Sebagai seorang remaja yg semakin 'canggih' dek kerana pengaruh kuat dari media massa (bukan semua), tipu kalau tak pernah melaluinya. Ya! Aku juga pernah! Ianya bermula seawal aku berusia 13 tahun...

"Nak terima tak eh? Kalau terima, nanti kalau putus, mesti sakit. Bukan ke prinsip aku 'Kalau bercinta mesti ada pengakhirannya dan jangan bercinta kalau takut disakiti'?" Ya... ayat aku suatu ketika dahulu. Soalan ni bermain dalam otak aku selama beberapa hari sebelum menerima cinta seseorang dari kaum Adam. Dalam usia yang masih mentah, aku mengalaminya. Dan itulah kali pertama aku dan kali terakhir aku merasai ketulusan cintanya. Dia ibarat kawan, teman, abang, guru dan kekasih bagi aku.

Sesetengah berpendapat bahawa "Jarak bukan penghalang hubungan kita"

Semakin jauh jarak kami, semakin aku berasa semakin menjauh dia dari aku. Saat tu, aku dah letak seratus peratus harapan aku dekat dia, sampaikan terbawa bawa dalam mimpi. Aku memberitahu kepadanya yang aku takut sangat kehilangan dia dan aku tak mampu nak bayangkan andai hubungan kami berakhir. Dia cuba yakinkan aku dan aku percaya. Aku tahu dia seorang yg tak reti menipu & seorang yg berpegang pada janji. Andai itu kata dia, maka itulah yg akan terjadi. 

5 Bulan menjalin hubungan. Masanya hanyalah singkat tapi mampu buatkan hidup aku merana. Janjinya semua ditepati tapi hanya satu yg dia mungkiri - meninggalkan aku. Aku menangis dan menangis (bodohkan?). Rupa rupanya ayat aku, "Biarlah. Pergi ajelah. Saya dah bahagia" padanya suatu ketika dahulu buatkan aku sendiri yg merana. Kenapa mesti ada orang ketiga? Mungkin dia lebih dekat dengan si dia, dan jauh dengan aku, buatkan dia lebih fikirkan masa depannya memandangkan pula aku masih di usia mentah.Selepas hubungan ini berakhir, aku diam. Dia pun turut diam. Aku cuba text pada dia tetapi hanya kekasihnya yg reply. Aku merawat hati ini sendirian. Masanya bukanlah sehari dua tetapi selama empat tahun aku cuba menerima kenyataan ini. Sakitkan dikecewa? 

Beberapa tahun, aku cuba jejak dia. Aku cuba jejak dia kerana aku ingin memohon maaf padanya dan nak tebus balik kesalahan dulu! Laman sosial facebook aku guna untuk jejak dia dgn berbekalkan sedikit maklumat tentang dia yg aku tahu. Saban hari aku cari dan cari. Dan dengan keizinanNYA, dan berkat usaha aku sendiri, aku terjumpa acc dia punya dan kebetulan dia ada buat relay dgn girlfriend dia (org ketiga aku dgn dia dulu). Tanpa tunggu banyak masa, aku tekan aje terus butang 'Friend request'. Beberapa hari jugak nak diapprovenya (nasib baik dia approve). Orang pertama yg approve ialah girlfriend dia! Dia online... aku berani memulakan chat dan berpegang pada kata - kata 'biarlah apa nak jadi pun.dah lama aku cari.berani kerana benar dan takut kerana salah'. Aku beranikan jugak mintak nombor telefon EX aku tu dgn girlfriend dia dan dia bagi (untung dia jenis yg memahami). Bila dah dapat, aku apatah lagi terus aje mesej dan masih berpegang pada kata - kata tadi. Aku berhubung dgnnya dan dia pun tak keberatan sebab aku tahu perangai sebenar dia macam mana - seorang yg lembut, penyayang dan memahami. Kami berhubung tapi utk seketika memandangkan aku nak mengahadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR). Dan kami kembali diamkan diri dan dia pun dah tukar nombor disebabkan beberapa faktor. Hari aku dapat result PMR, dia call dan tanya dapat berapa. Lepas tu, kami kembali menyepi. Dan dia kembali muncul saat dia terluka disebabkan putus cintanya yg terjalin selama 4 tahun. Dia luah rasa hati dia dan aku cakap dekat dia, "Sakitkan putus cinta?Begitulah rasa hati saya dahulu pada awak". Jahat tak aku? (Haha) Aku seakan akan letak kesalahan pada dia disebabkan hubungan kami berakhir padahal dah dua dua salah - aku yg perangai bebudak dan dia yg mudah jatuh cinta. Lama jugak dia 'sakit' dan masalah dia semua dia ngadu dekat aku. Macam mana aku nak selesaikan masalah dia sedangkan hati aku masih terluka krn perbuatan dia sendiri? Hikmah. Dia meluahkan rasanya & perasaannya dan saat itulah aku rasa hati dia sebenarnya bukan utk aku & disebabkan tu jugak aku berjaya buangkan perasaan yg terbuku selama 4 tahun ni (buat apa mencintai org yg tidak mencintai kita? Buat apa taruh harapan dekat dia padahal harapan dia pada org lain?) Tapi... berapa bulan tu, kekasih dia kembali pada dia dan Alhamdulillah doanya dan doaku dimakbulkan. Dan kini... dia masih setia di sisi aku - sebagai adik & abang (bukan pasangan bercinta). 'Adik beradik terangkat'? Bukan, kami terangkat dulu, baru adik beradik angkat (Haha). Dan... kepada Faiz Faqihuddin. Semoga abang cepat - cepat bina 'masjid' dengan 'orang ketiga' kita dulu. Doa ira sentiasa untuk abang ;)

*Cerita ini bukan untuk membuka aib seseorang dan bukan utk menyalahi sesiapa (maaf andai ada yg terasa) tetapi sekadar perkongsian hubungan aku dengan seorang kaum Adam yg dipinjam olehNYA utk aku utk merasai keikhlasan cinta seorang lelaki. Terima kasih, YA ALLAH atas kurniaan sementara ini. Inilah pengalaman pertama aku percintaan aku dan pengalaman ini sangat bermakna sepanjang aku bernafas di bumi ini*

PENGALAMAN MENGAJAR AKU ERTI KEHIDUPAN DAN PENGALAMAN MENGAJAR AKU UNTUK BELAJAR DARI KESILAPAN

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang dan ALLAH S.W.T yg tentukan. "Jodoh yg terbaik datangnya dari ALLAH S.W.T"

Saturday, 30 March 2013




"Hoi, hoi! Penumbuk nak?" tangan kecilnya digenggam kuat, ditunjukkan ke arah Amar di sebelah. Demi melihat penumbuk Ely, Amar terus tergelak besar. "Garangnya. Macam mana nak jadi isteri aku kalau macam ni? Isk, makin comel aku pandang!" pipi Ely dengan refleksnya dicubit kuat oleh Amar. Ely yang mengacah penumbuk sebentar tadi, tersentak. Beraninya Amar sentuh pipi dia! Mulutnya menganga memandang Amar di tepi. Lelaki itu makin kuat ketawa. Gedebuk! "Rasakan!" Ely terus keluar dari perut kereta milik Amar. "Aduh!" perut ditekan kuat. Senak rasanya. "Nak uji aku lagi kan," pantas sahaja gadis itu berlari masuk ke dalam rumah. 

Cerita ini masih dalam proses. Rasanya cerita ni lagi best dari cerita hotstuff tu ( ceewahh ). Sebabnya cerita ni main banyak emosi (kalau lah aku ni anak pengarah filem, memang dah jadi filem cerita aku ni -.- ). Kisah dua orang jiran yang membesar bersama, tetapi bila memasing dah dewasa, semuanya membawa haluan memasing. Sebenarnya cerita ini berkisahkan tentang dendam yang tak pernah surut even bertahun tahun mereka berpisah (dendam bukan bererti horror movie okayy ). Diorang ni bukanlah sebaya, malah umur diorang jauh berbeza. Makin nak berpisah, makin jadi rapat. Tapi bila makin nak rapat, jadi makin berpisah. Kenapa berlaku sebegini? Hahh, tunggulah selanjutnya.... insyaALLAH satu hari nanti akan jadi novelis, doakan! :'D

Monday, 25 March 2013

SPM result


Serasanya tak terlambat lagi kott nak ucapkan tahniah kepada batch 1995 yang berjaya dalam SPM 2012 ;)  Semestinya bahagia bila dapat result yang 'cun melecun' kannnn... Yang utama sekali, ucapkan tahniah pada 4 orang pelajar dari sekolah tercinta,semestinya STEMZA (tak kenal? Just search guna Mr. Google :b ) Tak lupa jugak, buat semua pelajar dalam Malaysia ni. Hahhh, yang nihh.. (nak jugak straight A's macam diorang :') )

Dari kiri PK Pentadbiran, Hajah Esah, Shahida (sains tulen), Airen (akaun), Areeshah (sains tulen), Harkikie (sains tulen) dan yang kanan tu ialah Pengetua STEMZA, Tuan Haji Ismail

Seriously, terharu sangat bila tengok diorang :') Bagi yang tak berjaya tu, usaha lagi untuk masa depan. Yang penting, tahun ni diri sendiri pulakk. Target? Hmm, cikgu cakap kena target tingi tinggi tapi takut tak tercapai, tak pasal pasal menangis 40 hari 40 malam :'O Betul lah kata orang, SPM bukannya penghujung kehidupan. Andai ada usaha lagi selepas peperiksaan, semestinya masa depan tetap cerah. Rezeki ada di mana - mana. Tapi kalau rezeki tu tak dicari, tak denya datang bergolek rezeki tu depan mata. Hidup cool, tapi tetap sukses (betol ke? :O ). Mesti korang bosan kan, tajuk tetap sama aje, SPM, SPM, SPM!! Yelah, kali ni bercakap pasal kejayaan pulak. Aish, tetap ada 'connection' dengan SPM. Kejayaan bukanlah hanya perlu dicapai di dunia, tapi juga di akhirat. Macam kata - kata seorang penulis ni :

 "Kejayaan dalam hidup seseorang perlu hadir dengan hidayah dan ilmu. Ilmu pula perlu diamalkan dengan ikhlas dan istiqamah (berterusan) . Matlamat perlu jelas dan kita kena sedia berubah untuk berjaya.

Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Kita ni ibarat berada di tengah - tengah laut yang luas, tiada apa - apa. Kita perlu berenang untuk mencari tebingnya. Andai kita tidak berenang, kita akan mati kelemasan. Laut tiada penghujung. Begitulah dengan kejayaan. Sepanjang hidup, kejayaan tiada penghujung. Bukan selamanya kita berjaya, kekadang kita gagal. Kehidupan ni seperti yoyo, kejap di atas kejap di bawah. Kekadang bukan belajar aje perlukan kejayaan. Kerja? Hidup? Takkan pernah habis. Selagi kita mahukan kejayaan, selagi itulah kita perlu berusaha. Nak makan pun kena berusaha. Kalau tak berusaha, macam mana makanan tu nak masuk dalam mulut. Nak kunyah lagi, takkan nak terus telan kott. Pendek kata, selagi kita masih bernyawa, selagi itulah kita perlu berusaha.  Wallahualam



Friday, 4 January 2013

SPM 2013

Sijil Pelajaran Malaysia atau nama singkatan SPM. Ramai yang gerun dengan perkataan ni tapi bila dah lepas mesti senyum lebar apatah lagi bila dapat result yang cun melecun pasti tidur peluk result je memalam. Tapi nak dapatkan result cun melecun tu merana dua tahun, tingkatan empat dan tingkatan lima. Terpaksa korbankan segala galanya. Tidur mandi makan semua tak kena. Dan tahun ni tahun 2013 hari yang keempat tahun ni aku dah sah menjadi tunang kepada SPM. Dan kemungkinan bulan november nanti aku akan khawin dengannya. Argh, takutnya takutnya bila teringat ayat cikgu cemni "ni tahun terakhir awak di sekolah ni. dah berbelas tahun awak belajar di sekolah, ni lah penentunya. penentu masa depan, penentu hala tuju, penentu jadi orang ke atau sebaliknya". Okay cikgu, cikgu dah berjaya buat kami gerun, tahniah diucapkan -,- . Belajar sampai otak jadi pending (haha) Pepagi nak pergi sekolah malas gila bangun tapi bila memikirkan tahun ni tahun last akhir jadi budak sekolah aku jadi bersemangat. Belajar pun bersemangat semacam je (hope semangat ni kekal sampai ke kertas akhir SPM). Jadi budak akaun ni sungguh mencabar kesabaran aku. Tapi nak jadi bussinesswoman kena lah belajar rerajin kasi top (haha) . Reka novel ni aku tolak ketepi dulu, pencen buat seketika. Bila jadi lepasan SPM nanti baru aku siapkan then hantar (angan kejap *ngadap bulan penuh* ) . Dalam hati ni melonjak rasa nak olah cerita tapi keadaan tak mengizinkan. Pasal hotstuff tu pun aku tak tahu nak olah camne sebab aku tak pernah tanya sesiapa hotstuff tu, camne kehidupan dia seharian :O Hot hot hot jangan kasi hot di neraka sudah leww. Hot di dunia tak bawak ke mana pun. Hanya keseronokan sementara (ceewahh haha). Tak penting la hotstuff ke tweetfamous ke yang penting result SPM aku top meletop sampai apa yang aku targetkan sejak di sekolah rendah. Buat batch 1996 goodluck for this year (sorry takde gambar sesuai nak upload >.< ) tutup tirai untuk hari ni *kesat peluh* *tarik langsir*